Assalamualaikum...bertemu lagi..kali ini saya nak share apa yang saya telah amalkan, dari segi pemakanan iaitu dari segi kesihatan.Baru-baru ini, saya telah di dedahkan pada sejenis tumbuhan herba yang mempunyai khasiat penyembuh segala penyakit yang mungkin selama ini kita terlepas pandang akan khasiatnya.Mari saya tunjukkan dahulu tumbuhannya...----------------------------------------------------Kenal tak?haaa.. inilah Habbatussauda, ataupun lebih dikenali dengan nama jintan hitam.Sekarang saya telah pun mengamalkan habbatussauda selepas di perkenalkan oleh sahabat baik saya.Saya sangat berterima kasih pada beliau, yelah sebelum ni sangat malas berubat dengan herba-herba ni..Saya sangat tertarik dengan herba ini kerana ianya sangat banyak khasiat.Berikut adalah sebahagian khasiatnya ;
- untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
- membantu merawat batuk dan asma
- kencing manis
- selsema
- keguguran rambut
- tekanan darah tinggi
- masalah untuk tidur
- sakit-sakit otot dan sendi
- rasa loya dan muntah
- mengurangkan kolesterol
- merawat batu karang dan sebagainya.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W pun berpesan;Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim).okey,Sekarang,saya mengamalkan dua cara iaitu dengan mengamalkan minuman kopi Habatussauda.^_^Rasanya yang sedap dan bermadu ini sesuai untuk diamalkan, bukan sahaja kerana khasiatnya, tetapi kopi ini tidak mengandungi kafein. So, sangat sesuai la bagi penggemar kopi macam saya ini...:)Ciri-ciri utama habbatus Sauda:
- Nilai pemakanan Habbatus Sauda kaya dengan: monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.
- Sistem imunisasi. Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
- Anti-histamine. Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
- Anti-tumor. Kajian mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
- Anti-bakteria. Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
- Anti-radang (anti-inflammation). Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi),menggalakkan pengeluaran susu. Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Haaaa... banyak tau khasiat herba ni..okes,Satu lagi saya perkenalkan,rupa bentuk habbatussauda...Check it Out.****Ini adalah jintan hitam dalam rupa bentuk biji-biji.Saya akan tabur kedalam nasi saya dan makan begitu sahaja.betul-betul menarik dan menambat selera bila jintan hitam ditabur keatas nasi yang panas-panas...huhuhu.Herba ni memang saya bawa kemana sahaja saya pergi, even makan kat kedai restoran pun saya tabur dalam makanan saya..pelik kan?Tapi...bukan sahaja saya seorang tetapi bersama dengan sahabat baik saya tu pakat bawa paket jintan hitam ni kemana je kami pergi.hehe, memang la masa kami tabur, pelanggan kat restoran akan pandang kami semacam.*yelaaa..memeng pelik! tapi ubat....maybe bg orang yang dah tau khasiatnya akan faham.TESTIMONIAL..::
- 1st time makan mungkin akan ada rasa sakit-sakit kepala*migrain. tapi its ok, itu adalah kesan yang membawa kebaikan. Biasala kan, herba memang beri kesan. Pastu lama-lama dah takde dah, rasa sakit akan berkurangan.
- kulit akan berasa nyaman, even jerawat saya pun gone...weeee~ itulah kebahagian sayeeeee... *sket2 tu adelaa. i mean jerawat besau2 dh makin kecik. bahagia tak? huhu..
- tak mudah rase lelah tau.. kerja saya ni memerlukan banyak pemantauan kat site, so kena assist staff. jalan banyak..pergi kesana kemari..so saya sangat mudah rasa letih lesu. tapi, sejak makan herba ni, rasa okey jek. betull..tak tipu. *okes maybe ada tak pcye tp ini berdasarkan pengalaman saya makan benda ni.
- stress pun saya boleh tangani dengan baik. paham tak? Stress-tangani dengan baik-cool-bertenang-cool-dan boleh pk secara rasional. kalau dulu::::: stress-maaraah-buat kerja takdak mood-moody-sesak fikiran-kerja tak menjadi-tertekan-kin-panas-blablabla-malas buatkerja-TERTUNGGAK. bukan kah itu sangat wasted time..? haha..
- pusingan haid teratur, ye.. saya ada masalah dengan pusingan haid yang tidak teratur. DAN, apabila dah naik bendera merah tu, sengugut yang dahsyat akan datng. okey,hanya kaum hawa yang pernah merasa macamna rasa sakit senggugut ini...T_T.. So setelah mengamalkan, pusingan haid dh okey, sengugut pun dah hilang.^_^.
Maybe ada lagi kot kebaikan pada diri saya yang saya tak berape nak perasan lagi kot...tapi percayalah dengan khasiat habbatus sauda ini insyAllah...MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..SELAMAT BERAMAL...
Friday, 3 February 2012
HABBATUSSAUDA....
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)


.jpg)